Tuesday 21 May 2013

Maklumat tentang SMK DPHA GAPOR

Maklumat tentang SMK DPHA GAPOR.....


Alamat sekolah : Lorong Stampin 23, Jalan Stampin, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Kod Sekolah : YEA 1201 
Nombor Telefon : 082451130
Nombor Faks : 082571877
E-mail                        : smkdphagapor@yahoo.com

Untuk pengetahuan anda, sekolah kami terletak berhampiran Taman Perumahan Hui Sing, Stampin, Kamdar (kedai kain), 101 Premier, INTI College,  1 CITY Shopping Complex dan Pusat jualan kereta seperti PROTON, PERODUA, HONDA, SUZUKI, HYUNDAI dan ISUZU. 
  Pelan SMK DPHA Gapor
 
Pelan Google Sekolah (klik Google untuk mengetahuan kedudukan sekolah)

PERUTUSAN PENGETUA CEMERLANG

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
SMK DPHA Gapor semakin mengorak langkah menuju mercu kecemerlangan dengan pelbagai pengiktirafan yang telah diperolehi. Antaranya; Sekolah Integrasi Cemerlang 2005 , Anugerah Asrama Cemerlang 2006, dan Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Bahagian Kuching 2007.
Aktiviti kokurikulum turut semakin menyerlah dengan penglibatan pelajar sehingga ke peringkat kebangsaan seperti St. John Ambulance (Pertandingan Kawad Kaki NGO) dan Wushu (SUKMA).
Para pelajar khas kita yang ibarat permata kepada semua turut aktif dalam aktiviti kokurikulum. Kumpulan persembahan pelajar khas kita acapkali meraikan kehadiran tetamu sekolah termasuk dari Semenanjung , dan dari luar negara seperti Korea dan wakil UNESCO. Kumpulan ini juga aktif mengadakan persembahan di luar sekolah . Lebih membanggakan, pelajar khas kita juga berjaya melangkah ke IPT. Masyarakat umum mengetahui pemasalahan disiplin pelajar menuntut perhatian dan fokus semua pihak . Menyedari hakikat tersebut, Budaya Prihatin (Caring) disuburkan di sekolah ini melalui Program Curahan Kasih. Pendekatan menyelami hati budi pelajar dengan kasih sayang dan pendekatan kaunseling merupakan elemen penting dalam program ini. Kesan daripada program ini telah mula menampakkan hasil walaupun memakan masa. Sesungguhnya, impak yang nampak sedikit sebenarnya mempunyai kesan yang berpanjangan, seperti setitis air yang jatuh ke dalam sebuah kolam yang tenang, bermula dengan saiz getaran yang kecil tetapi lama-kelamaan getaran tersebut semakin besar saiznya.


 Demikian, hasil daripada Program Curahan Kasih ini diharap akan bermanfaat bukan sahaja semasa alam persekolahan tetapi paling penting dalam kehidupan masa depan pelajar. Seterusnya, Falsafah Sekolah: Mudah, Logik dan Praktikal merupakan asas kepada pelaksanaan program-program di sekolah ini. Dengan cara kelangsungan yang mudah diterima semua da dipraktiskan bersama-sama demi mencapai misi dan visi sekolah dalam melahirkan pelajar yang unggul dari segi sahsiah dan akademik selain menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang unggul.
Dalam hal demikian, semua warga Gapor mampu melangkah terus mencapai kegemilangan. Warga Gapor teruskan gandingan utuh anda tanpa melupai asas Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan serta NKRA (Bidang Keberhasilan Utama).

Puan Hasanah Binti Haji Junaidi
Pengetua Cemerlang,
SMK DPHA Gapor, Stampin,
Kuching, Sarawak. 

PANORAMA SEKOLAH

Taman Mini Jepun di hadapan Blok Pentadbiran
 
Taman antara Blok Pentadbiran dan Makmal Sains
 
 Taman Asrama SMK DPHA Gapor


*Laporan Tentang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

SENAMROBIKTON
TUJUAN
1. MENGERATKAN TALI SILATURAHIM ANTARA GURU, IBU BAOA DAN PELAJAR
2. MENCERGASKAN FIZIKAL DAN MENCERDASKAN MENTAL
3. MENGUMPUL DANA UNTUK MENAIK TARAF KANTIN SEKOLAH
4. MENGUMPUL DANA UNTUK PERBELANJAAN MAJLIS KE 40 TAHUN SEKOLAH

SEGALA SUMBANGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI DAN KAMI PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.




No comments:

Post a Comment